Rabu, 12 Maret 2014
Samun Wang Amanah Ikhtiar…Suspek Rempuh Lori
DUA pencuri maut manakala seorang berjaya melarikan diri selepas kereta curi yang dipandu mereka merempuh sebuah lori di Kampung Temin dekat Sungai Siput semalam.
Tidak lama sebelum itu, mereka telah mencuri kereta itu dari pemiliknya yang juga seorang wanita.
Wanita itu ketika kejadian, sedang dalam perjalanan untuk mengutip beberapa bayaran pinjaman.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supritendan Azman Salim berkata seorang daripada suspek meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Hospital Sungai Siput.
Menurut beliau, suspek ketiga berjaya melarikan diri dalam sebuah lagi kereta dan ketika ini pihak polis sedang menjejakinya.
“Siasatan mendapati, seorang daripada suspek yang meninggal dunia berusia 37 tahun dari Kuala Kangsar manakala seorang lagi berusia 42 tahun berasal dari Sungai Siput.
Azman berkata mangsa yang berusia 22 tahun yang bekerja dengan Amanah Ikhtiar Malaysia ketika insiden sedang mengutip bayaran pinjaman apabila kereta Proton Saganya dihalang oleh sebuah kereta Proton Wira dengan tiga suspek di dalamnya.
“Daripada tiga suspek, seorang bersenjatakan parang keluar dari Proton Wira dan memaksa mangsa keluar dari keretanya.
“Mereka kemudian melarikan Proton Saga dan kemudian merempuh sebuah lori,” kata Azman.
Beliau berkata polis berjaya mendapatkan semula kereta mangsa dan menjumpai semula wang tunai di dalam keretanya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar