Tampilkan postingan dengan label bekas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bekas. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Bekas Hakim GELENG KEPALA Dengan Gelagat YB Pembangkang Di Parlimen


“Jika di mahkamah, sekiranya peguambela dan pendakwa bercakap lebih daripada yang sepatutnya dihujahkan, hakim ada kuasa untuk menegur dan menghentikan perbalahan itu. Tetapi di parlimen mereka boleh cakap apa saja. Ada kalanya Speaker tegur berulangkali pun tak dipeduli,” begitu keluh Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Malah katanya, di mahkamah apabila hakim “berdehem” pun mereka sudah faham dan diam.
Namun, Dewan Rakyat, ia berbeza bahkan kata beliau ada masanya peguam-peguam yang jadi Ahli Parlimen pembangkang tak hormat teguran Speaker.

Che Mohamad, bekas Hakim Mahkamah Sesyen mengulas mengenai sikap sesetengah Ahli Parlimen pembangkang khususnya yang jadi peguam dan begitu “over” ketika berhujah di Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan, ini mungkin kerana di mahkamah bertumpu hanya kepada fakta dan kebenaran, tetapi di Dewan Rakyat mereka bercakap dengan panjang lebar tanpa had.

Saya tengok kadang-kadang mereka menyimpang daripada isu yang dibahaskan.

“Contohnya, mengenai pindaan undang-undang kanun keseksaan. Kita bercerita pasal pindaan, hina bendera, kes rogol dan jenayah terancang, tetapi mereka melencong kepada cerita pasal rumah urut dan mesin kuda. Tak ada kena mengenapun mengenai apa yang kita bahaskan,” katanya.

Che Mohamad sebelum menjadi Ahli Parlimen Setiu adalah Hakim Mahkamah Seksyen Jenayah Komersial Kuala Lumpur.

Pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu dia memperolehi 33,198 undi mengalahkan Omar Sidek (PAS) yang mendapat 25,255 undi.

Menurut Che Mohamad, pembangkang memang sentiasa tidak berpuashati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan selagi ia tidak menyebelahi mereka.

“Pembangkang fikir, pindaan yang kita mahu buat itu bertujuan untuk menangkap mereka. Sebenarnya tujuan kita buat ialah untuk menangani jenayah berat yang terancang. Itu saja tujuannya. Tetapi ia diputarbelitkan seperti kita ada agenda lain.

“Peguam-peguam di kalangan pembangkang ini lebih banyak berhujah kerana mahu mendapatkan “political mileage sebagai Ahli Parlimen. Di Mahkamah kalau mereka tak dengar cakap hakim, ia boleh dianggap “contempt of court” tetapi di Dewan, mereka tak hormati Speaker sebab tak ada “contempt of parliament”. Speaker setakat boleh arah mereka keluar saja.

“Bagi saya ini satu pengalaman baharu. Saya tengok sajalah dulu gelagat golongan ini yang kadang-kadang merasakan mereka hebat. Kerja mereka cari silap sahaja. Maklumlah, dalam bidang perundangan, kita menghakimi sesuatu berdasarkan hanya kepada fakta dan kebenaran. Dalam politik, semuanya mengenai persepsi. Apa sahaja realiti tak betul pada pembangkang, “ ujar beliau.
Read More..

Kamis, 21 November 2013

10 Kreasi Keren dari Styrofoam Bekas




 - 10 Ide Kreatif Memanfaatkan Kembali Styrofoam Bekas, Styrofoam yang memiliki nama lain Polystyrene  memang mempunyai 2 sisi yaitu positif dan negatifnya. Tetapi, Styrofoam yang terutama dipakai sebagai kemasan makanan atau minuman yang memang terlihat praktis dan rapi ini merupakan produk dari minyak bumi yang memang hanya diperbolehkan sekali pakai dan sebaiknya dihindari. Bayangkan saja betapa banyaknya tumpukan styrofoam yang akan muncul apalagi jika kita membuangnya di sembarang tempat.
Limbah styrofoam yang tak dapat diurai oleh alam merupakan masalah besar bagi lingkungan. Sebab jika dibakar asap hitamnya menjadi polusi udara, tapi kalau dibuang bisa menjadi penyebab banjir. Mengingat benda putih bersih ini tak dapat terurai dengan cepat atau membutuhkan waktu hampir ratusan tahun. Memang ada beberapa perusahaan di luar negri yang bisa mendaur ulang styrofoam menjadi barang yang dapat dipakai kembali, tetapi di Indonesia, styrofoam yang didaur ulang kembali menjadi styrofoam kembali.
Pada artikel ini, akan diulas bagaimana memanfaatkan kembali styrofoam bekas sehingga memiliki manfaat dan nilai tambah. Semoga dapat menjadi referensi yang berguna. Enjoy!

1. Pengeras Suara (Speaker) Laptop dari Stryofoam Bekas

ide kreatif menggunakan styrofoam 9
Info selengkapnya disini

2. Pengeras Suara (Speaker) Smartphone dari Styrofoam

ide kreatif menggunakan styrofoam 7
Info selengkapnya disini

3. Dekorasi Lampu dari Styrofoam Bekas

ide kreatif menggunakan styrofoam 8
Info selengkapnya disini

4. Souvenir Gelas Unik dari Styrofoam Bekas

ide kreatif menggunakan styrofoam 2
Info selengkapnya disini

5. Dekorasi Rumah dari Styrofoam Bekas

ide kreatif menggunakan styrofoam 6
Info selengkapnya disini

6. Styrogami, Kerajinan dari Styrofoam

ide kreatif menggunakan styrofoam 5
Info selengkapnya disini

7. Vas Bunga dari Styrofoam Bekas

ide kreatif menggunakan styrofoam 4
Info selengkapnya disini

8. Media Printing dari Styrofoam Bekas

ide kreatif menggunakan styrofoam 3
Info selengkapnya disini

9. Lampu Hias dari Gelas Styrofoam Bekas

ide kreatif menggunakan styrofoam 10
Info selengkapnya disini

10. Beauty Dish (Camera Flash Diffuser) dari Styrofoam Bekas

ide kreatif menggunakan styrofoam
Info selengkapnya disini
Tag : 10 Kreasi Keren dari Styrofoam Bekas, 10 Ide Unik dari Styrofoam Bekas



sumber: 
Read More..