Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan
Selasa, 04 Februari 2014
Wanita bunuh makan otak bayi
myMetro
San Antonio: Polis bandar raya ini berkata, seorang wanita dituduh memenggal kepala bayi lelakinya berusia tiga minggu menggunakan sebilah pisau dan dua pedang, selain turut memakan beberapa bahagian tubuh anaknya itu.
Ketua Polis San Antonio, William McManus memberitahu wartawan bahawa serangan Otty Sanchez terhadap anak lelakinya, Scott Wesley Buchholtz-Sanchez “terlalu kejam” untuk didedahkan sepenuhnya.
Tetapi katanya, Otty turut memakan sebahagian otak bayi itu dan menggigit tiga daripada jari kaki mangsa sebelum menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali. Polis berkata, Otty, 33, memberitahu pihak berkuasa yang dihubungi ke kediamannya awal Ahad lalu dia membunuh bayi lelakinya atas permintaan syaitan. Otty didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.09 juta). Dia sedang pulih daripada kecederaannya di hospital. - AP
Senin, 30 Desember 2013
GAMBAR Saat Cemas Wanita Nak Bunuh Diri Bersama Bayinya Di Puchong

SEORANG wanita warga China hari ini mengejutkan orang ramai apabila ingin membunuh diri bersama bayinya di Hotel Sun Inns, Bukit Puchong, Selangor pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong bergegas ke tempat kejadian sebaik saja dimaklumkan oleh orang ramai.
Usaha memujuk wanita berkenaan yang dibuat oleh anggota bomba dan polis akhirnya berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Syabas anggota bomba dan polis yang bertugas, sekurang-kurangnya dua nyawa berjaya diselamatkan tanpa sebarang pertumpahan darah.
– Gambar Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong






Langganan:
Postingan (Atom)