Tampilkan postingan dengan label juta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label juta. Tampilkan semua postingan
Kamis, 06 Maret 2014
Selangor catat lebihan hasil RM62 juta – Audit
(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 16 Oktober: Kutipan tinjauan yang diperoleh kerajaan Selangor meningkat sebanyak RM62.5 juta pada 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Hasil sebenar yang dikutip pula melebihi anggaran tinjauan iaitu RM204 juta (114.3 peratus).
Ia datangnya dari kutipan tiga jenis tinjauan iaitu tinjauan cukai (RM534.32 juta), tinjauan bukan cukai (RM791.18 juta) dan terimaan bukan tinjauan (RM308.50 juta).
Hasil cukai dan tinjauan bukan cukai turut meningkat sebanyak RM62.50 juta.
Hasil kerajaan negeri disumbang melalui premium geran tanah, cukai tanah semasa dan pemberian jalan raya/lorong.
Peningkatan tinjauan membolehkan kerajaan Selangor mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan lebihan RM180.50 juta, naik RM56.26 juta (45.3 peratus) berbanding 2010.
Untuk rekod, kerajaan negeri pada 2010 mencatat kutipan tinjauan RM1.571 juta dengan lebihan RM124.24 juta.
Kerajaan Selangor juga berjaya mengurangkan tunggakan tinjauan negeri berjumlah RM75.26 juta (15 peratus) kepada RM426.79 juta pada 2011 berbanding RM502.05 juta pada 2010.
Prestasi pembayaran hutang awam pada 2011 pula sangat baik kerana baki hutang menurun sebanyak RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman berkurangan RM604.97 juta.
Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 mencatat peningkatan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1.944 bilion, meningkat RM357.13 juta berbanding RM1.58 bilion pada 2010.
Sekalipun melaksanakan program kebajikan rakyat seperti diskaun cukai pintu rumah kos rendah, pemberian air percuma 20 meter padu dan Jom Shopping, kerajaan Selangor masih mampu menambah simpanan.
Akaun Hasil Disatukan kerajaan Selangor pula mencatat lebihan RM180.50 juta berbanding RM124.24 juta pada 2010.
“Prestasi kewangan kerajaan Selangor pada 2011 meningkat berbanding 2010 dengan peningkatan lebihan tinjauan berbanding belanja mengurus dan pembangunan,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang dalam laporannya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Rabu, 18 Desember 2013
Kerani bergaji RM399 menang kuiz RM3 07 juta
Salam semua,

sumber : kosmo
*Belogfadah :- Kalau dah rezeki takkan ke mana-mana.
SUSHIL KUMAR memegang cek bernilai AS$1 juta (RM3.07 juta) sambil bergambar bersama bintang Bollywood, Amitabh Bachchan.
NEW DELHI - Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan.
Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.
Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire.
Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan.
Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul.
"Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi begitu jauh dalam program ini," kata Bachchan.
Program yang dirakam pada Selasa lepas itu akan ditayangkan di India pada minggu depan.
Bercakap mengenai kemenangannya, Kumar berkata, dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran kerana tidak mampu membeli set televisyen.
Menurutnya, dia akan menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk menduduki peperiksaan pentadbiran awam bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Sebahagian lagi wang tersebut akan digunakan untuk membeli kediaman baharu buat isterinya, membayar semua hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik-beradiknya membuka perniagaan kecil. - AP
sumber : kosmo
*Belogfadah :- Kalau dah rezeki takkan ke mana-mana.
Langganan:
Postingan (Atom)