Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

YAYASAN PEMBANGUNAN PONDOK 1 MALAYSIA DITOLAK OLEH TUAN TUAN GURU PONDOK KEDAH


Perjumpaan Bersama Majlis Guru - Guru Pondok HESA.
1 November 2012
Madrasah Manabi Al Ulum Al Diniah


24 daripada 28 Pondok Kedah Hadir mesyuarat 

Diantara agenda perbincangan adalah mengenai penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M). Ini bertujuan bagi mengambil satu . Setelah Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik secara rasmi menolak Yayasan Pembagunan Pondok 1 Malaysia maka seluruh pondok Kedah menentang Yayasan ini 
pendirian terhadap penubuhan yayasan tersebut. Setelah mendengar perbahasan dan hujah daripada tuan - tuan guru,
Majlis Guru - Guru Pondok HESA
mengambil pendirian :


1 - Tidak akan berdaftar secara rasmi ataupun tidak rasmi dibawah YPP1M tersebut
2- Tidak akan menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh YPP1M
3 - Akan membuka satu akaun bank di bawah Majlis Guru - guru Pondok HESA jika YPP1M ingin memberi sebarang sumbangan. Akan tetapi ianya akan diperhalusi
terlebih dahulu supaya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
.



YAYASAN PEMBAGUNAN PONDOK 1 MALAYSIA DITENTANG




Read More..

Senin, 16 Desember 2013

‘Ayahanda’ Seluruh Malaysia Nak Jumpa Zahid



Kuala Lumpur – Majlis Permuafakatan Ayahanda Malaysia (PERMAS) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat bagi menjelaskan isu pembabitan individu bergelar ‘ayahanda’ dalam kumpulan kongsi gelap.

Perkara itu dinyatakan Presidennya Abdul Halim Ali selepas mengambil kira situasi semasa berikutan Op Cantas yang dilancarkan polis sejak 17 Ogos lalu mengaitkan beberapa kes dengan mereka yang bergelar ayahanda sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli jemaah ayahanda seluruh Malaysia.

Katanya, PERMAS menyokong penuh usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan operasi besar-besaran memburu penjenayah, namun pada masa sama kesal dengan tindakan segelintir individu yang menggunakan gelaran ayahanda sehingga mencemarkan kesucian gelaran berkenaan di mata umum.

“Kita akan terangkan kepada Ahmad Zahid kedudukan sebenar pertubuhan serta jemaah berbaiah yang ketika ini mempunyai lebih 1,000 ayahanda.

“Kami yang berdaftar ini langsung tidak pernah terbabit dengan sebarang kegiatan menyalahi peraturan negara sebaliknya menyokong tindakan anggota keselamatan membanteras jenayah.

“PERMAS sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada polis,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penerangan Isu Semasa serta Sumbangan Anak Yatim di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, pihaknya sudah menubuhkan jawatankuasa khas sementara bagi mengkaji semula mekanisme sedia ada termasuk peraturan di dalam pertubuhan sebagai langkah membersihkan imej yang sedikit tercalar ekoran penyalahgunaan gelaran terbabit.
Read More..