Tampilkan postingan dengan label senjata. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label senjata. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Kongsi Gelap Boleh Sewa Lesen Senjata Api


PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri sedang menyiasat syarikat kawalan keselamatan yang mendapat lesen persenjataan namun menjual syarikat atau menyewakan lesen kepada pihak lain.

Mereka juga didapati memberi keizinan untuk senjata digunakan orang luar termasuk kongsi gelap, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap pada perhimpunan bulanan kementerian itu di sini Isnin.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan penelitian satu persatu dibuat kepada 125 syarikat kawalan keselamatan yang memiliki lesen persenjataan yang didapati melakukan kesalahan itu daripada keseluruhan 772 syarikat kawalan keselamatan dalam negara.

Kata Ahmad Zahid, ada di kalangan syarikat terbabit bukan sahaja memindah milik syarikat kepada pihak lain, tapi ada juga yang menyewakan syarikat berkenaan untuk operasinya dijalankan tanpa menukar hak milik ekuiti dalam syarikat berkenaan, sebaliknya pengurusan dijalankan pihak ketiga.

“Saya telah beritahu dulu saya ‘buta warna.’ Tidak kira syarikat itu kepunyaan orang politik atau bukan orang politik, orang korporat atau bukan, kalau mereka melakukan kesalahan saya tidak berkompromi.

“Saya dan ketua setiausaha kementerian akan bertegas tidak terima rayuan itu dan kita terus batal lesen. Ini kerana negara kita pernah digemparkan dengan berita jenayah yang dilakukan pengawal keselamatan warga asing sehingga melibatkan kes bunuh,” katanya.

Mengenai Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas, Ahmad Zahid berkata sehingga 3 Dis, seramai 36,725 suspek ditahan tinjauan saringan sejumlah 1.1 juta orang yang disyaki melakukan kesalahan.

Selain itu sebanyak 1,080 senjata api dan senjata berbahaya dirampas selain rampasan terhadap 1,559 kenderaan, katanya.

Beliau berkata ops itu tidak akan dihentikan selagi masyarakat belum berpuas hati dengan penurunan kadar jenayah dan dapat menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang gangguan.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata sehingga 3 Dis, Jabatan Imigresen menahan seramai 14,710 pendatang asing tanpa izin dan 182 majikan dalam Ops Bersepadu 6P yang bermula 1 Sept, melibatkan 1,851 operasi.

“Bagi Ops Bersepadu 6P (pengawal keselamatan) bagi tempoh yang sama, sebanyak 368 tangkapan pendatang asing dibuat dan 15 tangkapan terhadap majikan melalui 94 operasi,” katanya. – BERNAMA
Read More..

Selasa, 26 November 2013

Senjata Senjata Masa Depan Yang Paling Canggih

Senjata-Senjata Masa Depan Yang Paling Canggih-Perlombaan untuk mengembangkan senjata canggih masih terus berlangsung. Berikut 10 senjata yang sangat luar biasa itu.


1. Aurora Excalibur
Senjata ini merupakan pesawat tak berawak yang beroperasi dengan lepas
landas dan mendarat secara vertikal. Pesawat ini dapat mencapai kecepatan 460 mph (740 kmh) dan dapat membawa misil untuk ditembakkan. Pesawat ini bisa melakukan semua hal itu melalui remote control. Excalibur berhasil diuji pada Juni 2009.

2. Peluncur Granat XM-25
Senjata ini mampu menembakkan 25 granat pada jarak apa pun, jarak dapat diatur dan diprogram pengguna. Senjata baru ini menggabungkan kemampuan menembak dan komputer. Menurut rumor, XM-25 akan digunakan di Afganistan bulan ini.

3. Hellads Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA)
Pentagon mengembangkan senjata laser masa depan yang dikenal sebagai High Energy Liquid Laser Area Defense System. Sistem laser ini dibuat seringkas mungkin agar dapat dipasang di pesawat taktis tanpa mempengaruhi performa misi. Laser ini cukup kuat untuk menembak jatuh roket, misil, dan artileri lain. Uji tingkat empat senjata ini dijadwalkan dilakukan tahun ini.

4. Kamuflase Masa Depan, Metaflex
Ilmuwan Skotlandia mengembangkan kamuflase dengan menciptakan materi yang disebut Metaflex. Materi ini saperti jubah menghilang Harry Potter. Pemakai akan menjadi tak tampak karena materi Metaflex membengkokkan cahaya ketika sampai di permukaannya. Jubah hilang ini diuji tahun ini dan berpotensi dapat digunakan sebagai senjata pertahanan.

5. Laser Bebas Elektron
Angkatan Laut (AL) sedang merancang sistem laser lain yang dapat menembak jatuh roket dan misil yang menyerang kapal. Tak ada batasan penggunaan laser ini ketika sasarannya bukan pelacak, sensor, pertukaran informasi, dan target. Rancangan awal senjata ini selesai pada Maret dan prototipe senjata ini tersedia pada maret 2012.

6. Railgun
Militer Amerika Serikat (AS) menguji sebuah versi Railgun pada 2008 lalu. Senjata ini dapat mempercepat kecepatan proyektil menjadi 2,4 kmh (tujuh kali kecepatan suara). Versi sempurna senjata ini akan siap antara 2020-2025 mendatang.

7. Organisme Sintetis BioDesign
DARPA mengeluarkan dana sebesar US$ 6 juta (Rp 53,7 miliar) untuk proyek menciptakan mikroorganisme ‘yang diprogram hidup selamanya’. Mikroorganisme ini berisi molekul yang membantu bertahan hidup, serta dapat digunakan untuk membunuh hanya dengan jentikan switch. Debut senjata ini masih berlum diketahui.

8. Senjata Pembunuh milik China
AL China mengembangkan ‘senjata pembunuh’ yang memiliki kemampuan menarget dan menghancurkan pesawat AS. Misil balistik antipesawat ini dapat menyerang pesawat AS pada jarak dua ribu km. Kemampuan manuver tak terprediksi misil ini membuatnya mampu menghindari radar. Debut senjata ini belum diketahui.

9. Hybrid Insect MEMS (HI-MEMS)
HI-MEMS terdiri dari setengah serangga, dan setengan mesin. Pertama, sistem mikro-mekanis ditempatkan di dalam serangga selama masa metamorfosis. Serangga ini beroperasi seperti mobil remote control. HI- MEMS akan digunakan untuk mengumpulkan informasi menggunakan sensor, seperti mikrofon atau detektor gas. Debut senjata ini belum diketahui.

10. Sistem Senjata Sunyi DREAD
Sistem Senjata Sunyi DREAD memiliki kemampuan menembakkan 120 ribu peluru per menit. Senjata ini sepenuhnya digerakkan listrik, bukan bubuk mesiu. Berarti senjata ini tak akan bersuara dan tak akan ada panas. Debut senjata ini belum diketahui.
Read More..