Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Minggu, 29 Desember 2013
Sultan Pahang Mahu Masjid Buat Solat Tolak Bencana

KUANTAN – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan semua masjid di Pahang melakukan solat hajat bagi memohon agar negeri ini dihindari daripada dilanda bencana banjir yang lebih dahsyat.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah memaklumkan perkara itu kepada pentadbir masjid di seluruh negeri.
“Musibah banjir yang menimpa seluruh negeri sekarang menunjukkan kita tidak terlepas ujian daripada Allah S.W.T,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menunaikan solat hajat di Masjid Negeri di sini, hari ini.
Beliau yang turut menjadi mangsa banjir setelah kediamannya di Taman Sungai Isap dinaiki air, meminta agar setiap mangsa bersabar dengan ujian yang dilalui itu.
“Mudah-mudahan solat hajat yang telah dan akan dilaksanakan di seluruh masjid negeri Pahang ini, dapat dimakbulkan,” katanya.
Mengikut laporan pagi tadi, lebih 34,000 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan dalam lapan daerah di Pahang. – BERNAMA
Senin, 16 Desember 2013
Rajagobal Mahu Pemain Kekal Fokus

SHAH ALAM – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Datuk K.Rajagobal mengingatkan anak didiknya agar kekal fokus dalam menghadapi baki tiga perlawanan kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015.
Malaysia dijadual menentang Bahrain pada 15 Nov di Stadium Nasional Bahrain dan berdepan Qatar di Stadium Shah Alam empat hari kemudian sebelum menutup aksi kumpulan D dengan bertemu Yaman pada 5 Mac 2014 di venue yang belum ditetapkan.
“Kita perlu berikan fokus sepenuhnya dalam tiga perlawanan berkenaan supaya dapat mencipta sejarah (layak ke Piala Asia 2015).
“Saya tidak mahu menekan pemain kerana kita masih mempunyai baki tiga perlawanan… yang penting bagi saya ialah mereka fokus dalam baki tiga perlawanan dan ia bukanlah mudah kerana kita bakal menentang dua pasukan terkuat (Qatar dan Yaman),” katanya kepada pemberita selepas perlawanan ketiga kumpulan D yang menyaksikan skuad negara menentang Bahrain di Stadium Shah Alam malam Selasa. Pada perlawanan itu, Bahrain membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan Abdulla Ahmed Saleh Abdulla Aman pada masa tambahan separuh masa pertama sebelum Norshahrul Idlan Talaha menyelamatkan maruah skuad Harimau Malaya dengan gol penyamaan pada minit ke-71.
Mengulas perlawanan malam ini, Rajagobal memuji permainan anak didiknya walaupun mereka ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama.
“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjuk para pemain terutama Norshahrul… mereka berikan yang terbaik dan saya bangga dengan cara mereka bermain.
“Sudah tentu saya sebagai jurulatih kecewa dengan satu gol yang kita lepaskan pada separuh masa pertama tetapi itulah lumrah dalam bola sepak… namun kita bangkit dengan tempo lebih laju terutama pada separuh masa kedua,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Bahrain Anthony Hudson berkata beliau kecewa dengan aksi anak didiknya kerana mereka gagal mengekalkan keputusan yang memihak kepada mereka pada separuh masa kedua.
“Saya harap mereka akan kembali bersemangat pada perlawanan seterusnya (menentang Yaman pada 19 Nov di tempat sendiri) bagi meningkatkan peluang untuk layak ke perlawanan akhir,” katanya sambil menambah keputusan seri itu adalah disebabkan kecederaan yang menimpa beberapa pemain utama Bahrain. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)