Tampilkan postingan dengan label kekal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kekal. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Februari 2014

Dakwat kekal hilang surirumah buat laporan polis

Harakahdaily 

Roketkini.com, 30 Apr 2013

( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)

KLUANG: Ekoraan, dakwat kekal Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.
Read More..

Senin, 16 Desember 2013

Rajagobal Mahu Pemain Kekal Fokus


SHAH ALAM – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Datuk K.Rajagobal mengingatkan anak didiknya agar kekal fokus dalam menghadapi baki tiga perlawanan kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

Malaysia dijadual menentang Bahrain pada 15 Nov di Stadium Nasional Bahrain dan berdepan Qatar di Stadium Shah Alam empat hari kemudian sebelum menutup aksi kumpulan D dengan bertemu Yaman pada 5 Mac 2014 di venue yang belum ditetapkan.

“Kita perlu berikan fokus sepenuhnya dalam tiga perlawanan berkenaan supaya dapat mencipta sejarah (layak ke Piala Asia 2015).

“Saya tidak mahu menekan pemain kerana kita masih mempunyai baki tiga perlawanan… yang penting bagi saya ialah mereka fokus dalam baki tiga perlawanan dan ia bukanlah mudah kerana kita bakal menentang dua pasukan terkuat (Qatar dan Yaman),” katanya kepada pemberita selepas perlawanan ketiga kumpulan D yang menyaksikan skuad negara menentang Bahrain di Stadium Shah Alam malam Selasa. Pada perlawanan itu, Bahrain membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan Abdulla Ahmed Saleh Abdulla Aman pada masa tambahan separuh masa pertama sebelum Norshahrul Idlan Talaha menyelamatkan maruah skuad Harimau Malaya dengan gol penyamaan pada minit ke-71.

Mengulas perlawanan malam ini, Rajagobal memuji permainan anak didiknya walaupun mereka ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjuk para pemain terutama Norshahrul… mereka berikan yang terbaik dan saya bangga dengan cara mereka bermain.

“Sudah tentu saya sebagai jurulatih kecewa dengan satu gol yang kita lepaskan pada separuh masa pertama tetapi itulah lumrah dalam bola sepak… namun kita bangkit dengan tempo lebih laju terutama pada separuh masa kedua,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Bahrain Anthony Hudson berkata beliau kecewa dengan aksi anak didiknya kerana mereka gagal mengekalkan keputusan yang memihak kepada mereka pada separuh masa kedua.

“Saya harap mereka akan kembali bersemangat pada perlawanan seterusnya (menentang Yaman pada 19 Nov di tempat sendiri) bagi meningkatkan peluang untuk layak ke perlawanan akhir,” katanya sambil menambah keputusan seri itu adalah disebabkan kecederaan yang menimpa beberapa pemain utama Bahrain. – BERNAMA
Read More..