Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Februari 2014

Polis Tahan 4 Lelaki Terbabit P’himpunan Haram


KOTA BHARU – Polis menahan empat lelaki kerana terbabit mengadakan perhimpunan haram bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diadakan berhampiran sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata keempat-empat lelaki itu berumur antara 22 hingga 36 tahun ditahan di tempat kejadian kira-kira 3.20 petang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Keempat-empat mereka akan dibebaskan atas jaminan polis selepas keterangan diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, polis turut merampas risalah berkaitan perhimpunan itu.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 20 orang sudah berhimpun pada masa itu namun keempat-empat mereka enggan bersurai dan meneruskan perhimpunan sebelum polis menahan mereka.

Sementara itu, dua lelaki maut dan seorang parah selepas kenderaan mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Salor Baharu-Pasir Mas pada pukul 2 pagi
ini.
`
Mereka yang maut adalah pemandu kenderaan jenis Honda Civic iaitu Mohd Asrul Afian Samsudin, 24, dan penumpang belakang Muhammad Atras Ramli, 29.

Muhammad Atras maut di tempat kejadian manakala Mohd Asrul Afian meninggal dunia di Hospital Pasir Mas manakala yang parah Azizul Abdullah, 29, kini
menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Dua lagi rakan mereka yang berumur berumur 29 dan 21 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan.

Jalaluddin berkata kesemua mereka berasal dari Jertih, Terengganu dan dipercayai kenderaan ketika itu dipandu laju sehingga terbabas. – BERNAMA
Read More..

Minggu, 09 Februari 2014

Dakwat kekal hilang surirumah buat laporan polis

Harakahdaily 

Roketkini.com, 30 Apr 2013

( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)

KLUANG: Ekoraan, dakwat kekal Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.
Read More..

Jumat, 31 Januari 2014

Cium hidung Polis ketika bertengkar dengan jiran wanita ini ditangkap

Seorang wanita bernama Peggy Hill (62) asal Bradenton, Florida, Amerika Syarikat  , ditangkap setelah mencium hidung polis yang berusaha mendamaikan pertengkarannya dengan jirannya. Demikian dilansir Upi.com.
Hal ini dilakukan Hill ketika sedang berbicara dengan polis Sarjan Randy Lamb late dari Manatee County Sheriff’s Office yang dipanggil ke lokasi kejadian untuk menyelesaikan pertengkaran mengenai pagar di antara kedua tetangga.
www.telegraph.co.uk
Lamb mengatakan ketika sedang bercakap dengan Hill, wanita itu tiba-tiba datang dan mencium hidungnya dan melawan keinginannya. Lamb, kemudian menjauh dari Hill serta menghapus ludah dari hidungnya.
Setelah ditangkap, Hill mengaku telah mengonsumsi tiga gelas wine ketika berhadapan dengan   polis itu. Dia mengatakan, fikiran untuk mencium   polis itu  tiba-tiba saja muncul di kepalanya. Hill dikenai tuduhan melakukan kejahatan kekerasan fisik dan ditahan dengan wang jaminan 5.000 dollar AS.
 sumber
Read More..