Kamis, 19 Desember 2013

Gempar lihat batu berdiri


KANGAR: Penduduk Kampung Seberang Ramai, di sini, gempar seketika selepas puluhan batu pelbagai saiz ditemui dalam keadaan terpacak di kawasan tepi pantai berhampiran Kampung Bukit Batu Putih, kelmarin.


Kejadian disedari seorang lelaki yang dikenali sebagai Radzi, 40, pada jam 10 malam ketika memancing di kawasan berkenaan apabila melihat puluhan batu berada dalam keadaan terpacak sepanjang 50 meter di pantai itu.
PENDUDUK kampung sekitar pesisir pantai Bukit Batu Putih, Kuala Perlis datang melihat kejadian aneh dimana terdapat hampir 50 biji batu berdiri di sekitar kawasan itu. 

Menurutnya, sebaik saja menemui batu itu, dia memeriksa di sepanjang pantai berkenaan sebelum menemui beberapa lagi lokasi batu terpacak berdekatan.

“Saya memaklumkan kepada rakan dan penduduk kampung sebelum kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai termasuk pihak berkuasa.

“Keadaan susunan batu pelbagai saiz itu juga jika dilihat dari jarak dekat nampak mustahil ia disusun orang kerana keadaannya yang terpacak dari pangkal batu yang tirus,” katanya.

Radzi berkata, batu berkenaan bersaiz sederhana besar dan kelihatan berdiri di atas batu lain dalam keadaan menegak.

Menurutnya, dia hanya sempat merakamkan beberapa gambar batu berkenaan sebelum ia terjatuh selepas dilanggar orang ramai yang memenuhi kawasan pantai.

Katanya, dia tidak tahu mengenai kewujudan batu berkenaan sehingga bertindak menyuluh kawasan pantai yang gelap sebelum terkejut melihat batu-batu itu dalam jumlah yang banyak.

“Saya tidak menolak mungkin ia adalah kejadian aneh yang pertama kali berlaku di kawasan ini, namun tidak mengetahui siapa yang melakukannya,” katanya.

Sumber / Harian Metro

Jom Lihat Video Batu Berdiri...


Lagi Kes kejadian " Batu Berdiri "

Kejadian aneh di Sungai Congkak??:.
Tanggal 21 febuari....

Majlis Ilmu Siswa mengadakah satu Rehlah di Sungai Congkak.Suasananya aman dan tenang.Kami sangat menikmati sambil memuji akan Kebesaran Allah yang menciptakan alam yang indah.

Kami seramai 15 orang mujahid mencari kawasan yang sesuai.Tahukah anda,sesuatu yang misteri berlaku di kawasan kami mandi!Banyak batu2 berdiri sendiri!


Setiap yang memandang pasti akan berhenti seketika.Hatta pengunjung lain pun seakan tidak percaya.Sehingga ada yang mengusik semata2 nak memastikan.Ternyata setelah disentuh,batu itu jatuh.Batu tu berdiri tanpa sokongan!


Pelikkan?

Macam mana ni boleh berlaku??

hehe...sebenarnya benda tu kami yang buat.Ana pada mulanya memikirkan bahawa benda tu mustahil.Setelah mencuba sendiri,baru yakin.Aktiviti ni dimulakan oleh salah seorang pelajar sem2.ana sendiri terpegun tengok batu tu seolah2 berdiri sendiri.


Ana pun try la jgk.Agak susah.memerlukan kesabaran dan kreativiti.lekuk2 pada batu dan bentuk batu harus diambil kira.Kalau antum pergi sungai,cubalah benda ni.Mencabar dan pastinya syok!

Sumber / http://akhiafif.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar