Selasa, 17 Desember 2013

Surau “meditasi” Buddha tidak menghadap kiblat kata Mufti Johor

August 13, 2013  Bangunan surau di resort di Kota Tinggi.Bangunan surau di resort di Kota TinggSurau yang dijadikan tapak meditasi oleh sekumpulan penganut Buddha di sebuah resort di Kota Tinggi, Johor diragui dari segi reka bentuknya serta kedudukan arah kiblat tersasar dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasan Masjidil Haram.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin dipetik dari Bernama berkata demikian selepas melawat surau di resort berkenaan yang mencetuskan kontroversi apabila sekumpulan penganut Buddha dari Singapura menggunakan surau itu bagi melakukan meditasi.

Hadir sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Mohd Noor Azam Osman.


 Noh berkata, berdasarkan pemerhatian terdapat kesilapan dalam ayat Al-Quran dijumpai di kawasan surau berkenaan berkenaan yang menambah kecurigaan serta mencemarkan kesucian agama Islam.
Katanya, isu itu bakal meruncing jika tidak ditangani segera terutama dalam landskap negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Semalam, pihak polis menahan pemilik Resort Tanjung Sutera di Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang dikatakan memberi kebenaran surau di pusat peranginannya dijadikan tempat upacara agama Buddha.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pemilik berkenaan ditahan di resortnya jam dua petang semalam.
Polis akan mendapatkan perintah reman bagi membolehkan pemilik resort berusia 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain.

Sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube pada 10 Ogos lalu menunjukkan sekumpulan sami dalam sebuah bangunan kecil melakukan meditasi di hadapan potret Buddha.
Video sepanjang 63 saat itu bertajuk “Cina Buddha sembahyang di surau; surau jadi tokong” dimuat naik oleh “Sebastianphiu” dan ditonton lebih 10,000 kali.

Lokasi kawasan surau turut dinyatakan dalam video berkenaan iaitu di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Pengurus resort itu mempertahankan keputusannya memberi kebenaran kepada penganut Buddha menggunakan surau.
Katanya, surau berkenaan hanya digunakan untuk bermeditasi dan tidak menganggap perkara itu sebagai satu kesalahan. - 13 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar