Senin, 16 Desember 2013

Ketahui Kisah ‘Bah Tilot’ Hujung Minggu Ini


SEREMBAN – Kisah Bah Tilot iaitu seorang pemuda Orang Asli dari kaum Semai menentang komunis akan dipentaskan pada pementasan teater muzikal di Auditorium D’Sury, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan, di sini pada 28 dan 29 Sept.

Pengarah JKKN Negeri Sembilan Mohd Radzi Omar berkata kisah itu bermula apabila perkampungan Orang Asli suku Semai yang turut dihuni Bah Tilot didatangi pengganas komunis.

“Bah Tilot menolak untuk memberi kerjasama dengan pihak komunis sehingga komunis membunuh anak sulungnya Bah Tat. Di situlah bermulanya api dendam dalam jiwa pahlawan hutan itu … apa kesudahannya, saksikanlah pementasan teater tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya pementasan teater muzikal ini diadakan dengan kerjasama Kumpulan Sanggar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Teater arahan Khamsah Abdullah itu bakal menampilkan Mohd Anil Miraj Mohd Sohaimi sebagai Bah Tilot, Marup Mustapah sebagai Seng Pai (ketua komunis) dan Shazrin Zainurin sebagai Bah Tat.

Tiket berharga RM10 boleh didapati di pejabat JKKN Negeri Sembilan atau hubungi 06-7676793 untuk pertanyaan. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar