Selasa, 24 Desember 2013
Ngeri! Muka Berlubang Kerana Penyakit Aneh
Tumini iaitu seorang wanita yang tinggal di Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim di Indonesia menghidap penyakit aneh apabila lubang sedalam 10 sentimeter terbentuk di bahagian tengah kepalanya. Suami Tumini, Marto menyatakan kedua-dua mata isterinya, hidung, dan bibir hilang manakala dagu serta keningnya sahaja yang masih ada.
"Selama bertahun-tahun, penyakit tersebut terus mengganas di bahagian wajah isteri saya. Dia tidak dapat melihat kerana tidak ada mata," kata Marto. Dia berkata, isterinya tidak dapat bercakap kerana dia tidak mempunyai bibir kerana lubang itu selebar 10 hingga 15 sentimeter. Marto berkata, penyakit itu dihidapi oleh isterinya hampir 30 tahun lalu dan mula dikesan ketika dia berumur 20-an.
Penyakit itu bermula dengan bintil berupa jerawat di hidung sebelum membesar dan gatal, jelas suaminya. Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor menyatakan penyakit itu ialah sejenis kanser tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membiayai rawatannya.
"Kini, ubat untuk isteri saya hanya ramuan yang dibuat sendiri daripada bahan utama tembakau untuk mengusir lalat yang kerap mengerumuni," katanya.
Seorang anaknya berkata, ibunya itu kerap mengurung diri dan kadang-kadang merungut kerana tidak dapat menahan sakit.
-Agensi
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar